Wednesday, 30 May 2012

KAKITANGAN TASKA JOHAN BISTARI

En Djohan Purnama B. Baharuddin
Pengusaha Taska - En Djohan Purnama B Baharuddin

Pengetua Taska - En Baharuddin B Wahab / Sir ( Bahasa Melayu 2-6 Tahun)

Guru  1 - Puan Halmimazila Bt Abd Razak / Teacher Zira ( Semua Subjek 2-6 Tahun)

Guru 2 - Teacher Ieka ( Semua Subjek utk 4-6 Tahun )

Guru 3 - Teacher Ieta ( Semua Subjek utk 2-4 Tahun )

Pembantu Taska - Kakak Sari

Bergambar dengan sebahagian anak - anak Taska Johan Bistari

AKTIVITI HARI INI...

 Bila mengenangkan cuti sekolah ni, pasti ramai ibubapa yg berhajat membawa anak2 pergi bercuti... tapi ada jugak yg belum berkesempatan berbuat demikian... jadi kami kat Taska ni buatlah program makan - makan sambil bergambar... seronoknya anak2 ini hanya Allah yg tahu... saksikanlah gelagat kami semua...


WAKTU SESI MAKAN - MAKAN


Makan sambil bergambar
Nak air lagi...
Makan apa tu Teacher Ieka & Teacher Ieta???


SELEPAS MAKAN SESI KEMAS MENGEMAS


Tolong kemas ye...
Apa yg penting kerjaaaaaaasama...
Teacher Ieka turut sama mengemas...



SETELAH MENGEMAS SESI BERGAMBAR PULAK




Amboi seronoknya bergambar bila dah kenyang ye...

Sikembar Aqeel & Aqeef pandai bergaya..
Ragam anak - anak TJB bila bergambar

Anak - anak Transit yang seronok dengan aktiviti hari ini...


Teacher Ieka bergambar bersama baby Muhaimin
Teacher Ieka bersama si Qaliff  yg comel
Kakak Sari bersama baby Harrez..

Bila cuti sekolah, tinggal ini sahaja anak - anak Taska Johan Bistari yang tak sempat lagi bercuti...







SAMBUTAN HARI LAHIR DI TJB

Hampir setiap bulan majlis Sambutan Hari Lahir diadakan di Taska Johan Bistari..






Masjis ini adalah diadakan atas permintaan ibubapa anak-anak di Taska ini..

Tuesday, 29 May 2012

KENANGAN BERSAMA ARWAH TEACHER MUN


Kenangan bersama Allahyarhamah Teacher Mun....


Sambutan Hari Lahir Allahyarhamah Teacher Mun & suami di Taska Johan Bistari Julai 2006. Gambar ini diambil setelah Arwah baru 1 bulan mendapat tahu yg arwah mendapat kanser paru - paru... Lihat wajah Arwah tiada siapa pun yg sangka (melainkan kami yang terdekat sahaja) arwah sebenarnya mengidap kanser.... 

Setelah hampir 5 tahun Arwah bertarung dengan Kanser Paru- Paru, akhirnya pada 8  September 2011, Arwah telah kembali menemui penciptaNya... 

Namun begitu usaha murni arwah untuk memastikan pendidikan anak - anak di Taska Johan Bistari ini berterusan, maka arwah telah mengAMANAHkan Suami, anak (Djohan Purnama) dan menantunya (Teacher Zira).. untuk terus "MENGHIDUPKAN" Taska Johan Bistari ini dengan memberikan perkhidmatan yang setanding dengan Taska @ Tadika yg ternama di luar sana...

PENGETUA BARU 2012

Pengetua Baru Taska Johan Bistari 2012


Setelah Allahyarhamah Teacher Mun, meninggalkan kita, Suami Arwah pula yang mengambil alih jawatan Pengetua Taska Johan Bistari ini... Beliau yang dimaksudkan ialah:


 Pasangan Bahagia


En. Baharuddin B Wahab atau lebih dikenali dgn panggilan "Sir " oleh anak2 di Taska ini... beliau berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Merupakan bekas guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan selama 39 tahun. Jawatan terakhir beliau ialah Merupakan Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan.


Beliau mempunyai kemahiran yang sangat baik dalam mengajar Bahasa Malaysia kepada anak-anak di TJB ini.. Terbukti apabila anak - anak di sini boleh membaca suku kata terbuka seawal 4-5 tahun.. apabila telah menjangkau 6 tahun anak - anak ini telah boleh membaca dengan sangat lancar...





PENGASAS TASKA JOHAN BISTARI


SEJARAH PENUBUHAN TASKA JOHAN BISTARI

Monday, 28 May 2012

KONVOKESYEN TASKA JOHAN BISTARI


Aktiviti Tahunan di Taska Johan Bistari, Majlis Konvokesyen bagi anak - anak berumur 6 tahun..