Saturday, 13 December 2014

SETELAH 3 TAHUN TEACHER ZIRA & EN.DJOHAN MENGAMBIL ALIH SEPENUHNYA TJB



En. Djohan Purnama B. Baharuddin merupakan anak sulung kepada Allahyarhamah Teacher Mun, sekarang beliau telah mengambil alih tugas pentadbiran & Kewangan di TJB. Beliau juga merupakan seorang Pengurus Bank di Al Rajhi Bank Cawangan Bangsar


Ini pula Teacher Zira, menantu kepada Allahyarhamah Teacher Mun, beliau merupakan seorang ustazah dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengajian Islam daripada UKM dan juga mempunyai Diploma Pendidikan Bahasa Arab daripada IPG Teknik. Pada waktu pagi Teacher Zira akan mengajar di SK & pada waktu petang beliau akan datang ke TJB

Dari kiri: Teacher Ieta (dah pindah) Teacher Su, Teacher Ieka, Teacher Zira, Teacher Zura & Teacher Iena







Inilah warga TJB yang ceria dan ramah mesra....

Ini pula Sir Baharuddin & Teacher Zira... Terima kasih sir, kerana memberi kepercayaan sepenuhnya kepada En. Djohan & Teacher Zira untuk meneruskan TJB selepas perginya Arwah isteri tercinta "Teacher Mun"...
Alhamdulillah,  setelah 3 tahun kami mengambil alih "tugas" ini... perubahan positif dengan penambahan staff & anak - anak TJB membuatkan kami lebih bersemangat untuk meneruskan "AMANAH" arwah Teacher Mun ini...


CUCU - CUCU ALLAHYARHAMAH TEACHER MUN DI TJB 2002-2014











Friday, 12 December 2014

SAMBUTAN HARI KONVOKESYEN DAN JAMUAN AKHIR TAHUN 2014

ACARA & GELAGAT ANAK - ANAK TASKA JOHAN BISTARI

 
PERSEMBAHAN LAGU TANYA SAMA POKOK OLEH ANAK - ANAK YANG BERUMUR 3-5 TAHUN.... TAHNIAH, PADA TEACHER IEKA & TEACHER ZURA KERANA BERJAYA MELATIH ANAK - ANAK INI MEMBUAT PERSEMBAHAN DENGAN CEMERLANG SEKALI...

Teacher Zira, anak - anak yang graduasi & persembahan Frozen

Alhamdulillah.... bagai mimpi jadi nyata, tahun pertama buat di dalam dewan. Satu kepuasan, biarpun keletihan

Teacher Zira (Pengetua TJB) & En. Djohan Purnama (Pengusaha TJB)

SAMBUTAN HARI LAHIR TEACHER IEKA

SELAMAT HARI LAHIR TEACHER IEKA....
18 November datang lagi... maka bertambahlah umur teacher Ieka, hehehe.... TJB mendoakan agar teacher Ieka akan menjadi isteri, teachaer dan bakal ibu yang mithali.. berjaya di dunia & akhirat.. Aamiin...

MAJLIS HARI PERPISAHAN DAN HARI JADI TEACHER IENA

TERIMA KASIH TEACHER IENA... KAMI AKAN MERINDUIMU...
Pada 7 November 2014, TJB merasa kehilangan seorang teacher yang sangat dedikasi dan memberi komitmen yang terbaik. Namun adat manusia, harus kami akur. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. TJB mendoakan agar teacher Iena akan lebih cemerlang menjalankan tugas di tempat baru nanti.

SAMBUTAN HARI RAYA 2014

AIDILFITRI 2014
Setiap tahun TJB akan mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri, kanak - kanak merasa sangat gembira... mereka membawa makanan dan biskut hari raya. Paling comel, mereka dan staff TJB akan berpakaian baju Raya.... Selepas habis makan, sesi bergambar pulak diadakan... Bila anak - anak seronok, kami sebagai guru pun terasa lebih serononk....

Sunday, 1 June 2014

SAMBUTAN HARI GURU 16.05. 2014

SELAMAT HARI GURU BUAT TEACHER IEKA, TEACHER ZURA, TEACHER ZIRA, TEACHER IENA &  KAKAK SARI